Tuesday, December 27, 2011

Selamat Datang 2012... Welcome 2012

Salam all riders.. Lama benar aku tak menulis dalam blog ni.. pejam celik dah sampai ke penghujung tahun.. Begitu pantas masa berlalu.. dan begitu juga umur kita.. semakin lama semakin hampir pada usia senja.. haha.. bukan statement untuk melemahkan semangat tapi sekadar peringatan.. Sungguh pun kita berkayuh dan aktif bersukan.. jangan anggap itu jaminan untuk kita sihat atau pun boleh hidup seribu tahun lagi.. Hukum alam memang begitu.. tapi hukum Allah jangan kita lupa.. bila-bila masa pun biar macamana sekali kita beriadah atau bersukan..

Jadi tahun ni matlamat aku untuk mengumpul koleksi jersey dan medal jamboree tercapai.. lebih dari 10 jambore aku masuk.. ada yang dapt tshirt dan ada yang dapat jersey.. alhamdulillah tak ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku atas aku sepanjang jamboree yg aku masuk.. dan yang paling best.. aku dapat perbaiki dan menilai prestasi aku dari satu jamboree ke satu jamboree.. bukan lah nak menang sangat.. tapi sekadar nak melihat pencapaian peribadi buat diceritakan pada anak-anak dan cucu-cucu (insyaalllah) satu hari nanti...

Pada kawan-kawan rider yang lain.. Apa guna berbelanja ribuan ringgit untuk membeli peralatan basikal kalau sekadar nak bersaing dengan kawan-kawan lain siapa basikal yang paling hebat.. tapi sekali-sekala cuba lah masuk jamboree dan cuba buat catatan peribadi sendiri.. hahaha.. tak rugi pun.. kita akan lebih berasa nikmatnya hobi berbasikal ni selain kita dapat meningkatkan kesihatan kita..

Untuk mereka yang selama ni jadi pemerhati.. jangan pikir lama-lama.. beli basikal jom kayuh sama-sama.. sukan yang tak memerlukan skill yang hebat untuk disertai.. asal pandai kayuh sudah... memang kali pertama semua orang pancit.. tapi lama kelamaan semua tu perkara mudah.. "No mountain thats too high"

Kesimpulannya.. untuk aku.. tahun depan aku dah kena masuk kategori baru lah untuk acara jamboree.. almaklumlah.. umo pun dah meningkat.. insyaallah tahun depan aku tetapkan ranking 10terbaik untuk kategori baru aku ni.. hehehe nak merasa naik podium la plak.. biarpun kategori veteran.. memang kalau nak merasa 10 terbaik dalam kategori "open" mustahil lah bagi aku.. 2kali ranking top 30 riders dah cukup memuskan hati aku selama berjamboree..

So to all riders and friends out there.. keep up your riding and stamina.. you wont loose anything but you'll gain a lot.. happy cycling bro.. GO CYCLEMANIA!

Tuesday, December 20, 2011

First timer hard tail..

Setelah sekian lama aku berkayuh menggunakan
frame full sus, tapi pada jamboree Alor Gajah baru-baru ni aku bertukar angin.. event yang aku sangka aku tak dapat nak join tapi at last minit ada member ajak sebab ada rakan yang dah bayar tapi tak dapat hadir hari tu.. dan aku ingat jamboree tu berlangsung hari Ahad so itulah sebabnya aku tak dapat join pada asalnya.. so memandangkan frame "full sus" yang aku baru ambik dari brader Mat Nor aritu belum diuji lagi so aku gagahkan diri jugak join jamboree ni.. wahaha.. dramatik skit kot.. frame pun baru bayar deposit je.. tak habis bayar lagi.. tapi sebab keinginan nak mencuba frame "hard tail" kat jamboree membuak-buak semua faktor tu aku tolak tepi..

Sampai pun dah lewat sebab ada masalah teknikal sikit hehe.. dengan bantuan first endurance dan frame giant "hard tail" second hand ni betul2 berbaloi untuk aku guna.. memang kekok skit pada mulanya.. apatah lagi aku baru kayuh 2 kali je frame tu.. dah tu kayuh on the road je plak.. terus masuk jamboree.. huhu alhamdulillah.. aku selamat melayan action "beskal baru" aku tu dengan lancar.. tapi memang adat la.. bontot aku terasa mcm nak tertanggal.. maklumlah dah tak de suspension kat belakang.. tapi kalau nak kira prestasi dan keupayaan berkayuh memang aku tak nafikan "hard tail" beri byk perubahan pada kayuhan aku.. patut la geng2 yang selalu topten jamboree semua guna frame "hard tail".. hmmm aku baru tahu rupanya ye..

So dipendekkan ceritanya.. aku dapat ranking 239 dari 1500++ riders hari tu.. biarpun aku start di baris yang paling belakang skali.. orang dah flag off aku baru nak ikat nombor.. hahaha apa lah punya rider.. tapi memang pada asalnya jamboree alor gajah sekadar jamboree percubaan guna frame "hard tail" dan keputusannya memang memuaskan nafsu aku.. ehh.. hati aku.. ok next Jamboree UPSI.. the real challenge begins.. go mizi GO CYCLEMANIA!

gambar atas : thank you brader Zam Fuji kerana snap gambar aku kat finish line dengan "beskal baru" haha sempoiii...

gambar bawah : frame Giant ATX baru selesai pasang sekali dengan jagwire baru... mantop! lalala

Monday, July 11, 2011

Sempah oh sempah...




Salam 1 malaysia dan salam rider.. Sabtu baru-baru ni (9 July 2011) Aku di ajak oleh Mejie Giant (dulu meiji Raleigh.. kiki) untuk berkayuh di jalan gombak lama menuju ke Genting Sempah.. Pada mulanya aku tak nak sebab aku ada urusan lain yang perlu diselesaikan.. tapi tetiba urusan tu dibatalkan so mungkin ni la peluang aku nak merasa berkayuh Ke Genting Sempah seperti rider-rider yang lain.. Orang kata kalau u all seorang rider tegar kalau tak pernah kayuh ke Genting Sempah itu belum lagi boleh di kategorikan sebagai rider tegar.. hahaha.. Gerun aku dengar ayat tu.. sehebat mana cabaran ke Genting Sempah tu.. rata-rata rider-rider yang hebat yang aku pernah jumpa memang semua pernah mengayuh ke sana..

So Seawal pukul 7 aku dah sampai diopis.. beli air mineral sebotol dan aku start kayuh ke Gombak seperti yang dirancangkan mlm sebelumnya dgn meiji. Aku sampai dulu dari meiji lebih kurang pukul 0720am.. Dia suruh aku tunggu dikedai makan dulu sebelum start kayuh.. sebab belum sarapan lagi.. So aku pun tunggu la kat warung tepi jalan selepas tanah perkuburan jln gombak bt9. Lupa plak nak crite masa kayuh dari opis aku ikut MRR2 dan masuk dipersimpangan highway karak.. dan melalui hadapan Universiti Islam. Kalau nak ikutkan memang jauh jalan tu tapi aku redah je sebab itulah time aku nak warm-up sebelum panjat bukit yang panjang ke Genting Sempah nanti.. So dari opis aku ke warung tempat aku tunggu meiji tu lebih kurang 7km..

pukul 0740am meiji pun sampai.. so kitorang "balun" mee hun dengan teh "O" suam dulu.. lebih kurang kol 0815am baru kitorang stat mengayuh menuju ke Genting Sempah.. lebih kurang 4km aku hanya mengekori Meiji dari belakang sebab aku dah kayuh 7km.. so nak simpan tenaga skit sebelum cabaran yang sebenar menanti kat depan tu nanti.. Meiji ajak rest bila jumpe 1 jambatan.. Aku pintas dia bila aku rasa kayuhan dia dah semakin perlahan dan aku tunggu bila sampai dijambatan yang dikatakan tadi..

lebih kurang 5min kitorang start kayuhan semula.. kali ni aku kayuh sorang didepan sementara meiji berkayuh dibelakang.. sedang kami kayuh sempat juga menegur-negur rider-rider lain yang dah turun.. mungkin dorang mula kayuh seawal 6pagi kot sebab tu dorang dah turun atau pun dorang kayuh tak sampai ke Genting sempah.. haha whatever lah.. aku berhenti sebaik saja meter aku menunjukkan penambahan 3km.. mungkin ada yang cakap 3km je dah berhenti.. huhu korang belum cuba lagi jangan nak gebang.. 3km tu aku rasa penatnya dah macam 10km sebab semuanya menaik dan takde langsung yang menurun.. nak kata jalan rata pun tak ada..

So aku tunggu meiji muncul dulu baru aku start kayuh lagi.. sementara menunggu meiji ada beberapa orang rider melintasi depan aku.. huh semua nya naik RB (road bike). aku jer yang kayuh MTB.. Aku dah mula rasakan keganjilan.. lebih kurang 5min meiji pun muncul dan beberapa orang lagi rider RB mengekori dia dari belakang dan sebaik saja dia berhenti depan aku rider-rider tu semua terus mengayuh dengan lajunya.. maklumlah RB.. Meiji bagitau aku dia akan pusing bila dia tengak ade bukit panjang kat depan nanti.. so aku akur dengan keputusan dia.. aku mulakan kayuhan bila dah dengar dia cakap macamtu.. aku tau dia dah tak larat sangat tu dan meter aku menunjukkan aku dah berkayuh hampir 12km..

Aku teruskan kayuhan tanpa menoleh ke belakang lagi lepas tu.. kalau tadi aku hadkan kayuhan aku setiap 3-4 km dan aku berhenti tunggu dia tapi kali ni tak lagi.. aku teruskan kayuhan cuma berhenti untuk minum seteguk dua dan lepas tu aku teruskan kayuhan.. target aku pada mulanya cuma nak sampai ke menara TM.. tapi semangat aku untuk meneruskan kayuhan hingga sampai ke genting sempah semakin meluap-luap.. biarpun ada kalanya aku cuma mampu berkayuh selaju 7kmj je pada satu ketika..

so dipendekkan cerita aku sampai di menara TM.. aku teruskan lagi lebih kurang 8km sampai aku dah boleh tgk lebuhraya karak dari atas jalan aku kayuh tu.. dan aku dapt lihat signbod tak jauh didepan aku menunjukkan Genting sempah, Bentong dan inst aminuddin Baki cuma 1km didepan.. Aku berjaya menakluki Genting Sempah.. hahaha Kepuasan yang tak terhingga meskipun penat yang tak terkata.. Aku berjaya mengawal kepenatan dan mengumpulkan semangat untuk berkayuh sehingga akhirnya berjaya sampai kepuncak dan aku rasa aku dah tergolong dalam kelompok pengayuh-pengayuh tegar skarang ni kot.. hehehe masuk bakul skit..

Biarpun sepanjang perjalanan aku dihiburkan oleh kumpulan-kumpulan monyet yang mencari makanan di tepi tetapi itu sedikit pun tidak melunturkan semangat aku untuk berkayuh dan monyet-monyet ini seolah-olah tahu aku tak bawak apa-apa makanan.. so dorang tengok je aku berkayuh tanpa menghiraukan aku.. Kicauan burung dan unggas rimba seolah menjadi meuzik ditelinga disepanjang jalan disamping keindahan pemandangan hutan yang menyejukkan mata.. Dengan diselangi sekali-sekala kenderaan dan mat-mat motor memintas aku dengan lajunya.. Sememangnya kayuhan di Genting Sempah sesuatu pengalaman yang begitu hebat sekali.. Dengan cuaca yang agak redup hari tu menyebabkan aku hampir mengigil diawal kayuhan.. Downhill sepanjang lebih 18km menanti rider-rider yang berjaya menawan puncaknya...

So all you guys kalau nak merasa kayuhan yang bertenaga dan mencabar fizikal dan mental selain kuala kubu ke genting, korang cuba la kayuh dilaluan gombak ke genting Sempah ni.. Tapi nasihat aku seeloknya kayuhlah ramai-ramai bukan sorang-sorang macam aku (meskipun berdua pada awalnya) sebab kalau aku dah tau cerita dan misteri disebalik jalan ni sebelumnya tentu aku tak akan kayuh sorang-sorang.. hehe

jumpa lagi di lain masa GO CYCLEMANIA!..

Inilah laluan yang menanti untuk ke Genting Sempah.. All UP no Down.. huhu

Sekali-sekala rider RB memintas aku.. hajat nak follow dari belakang tapi....

Sekali-sekala menoleh kebelakang rasa macam nak pusing balik melihat downhill yang dah terhidang.. hehe


Beginilah pemandangan Ketika dipuncak.. perhatikan dibawah tu lebuhraya karak.

Tuesday, June 28, 2011

Ulang tayang "Sofea Jane"... Memang Layaannn..



Salam All cyclist aka rider aka Bikers aka whatever la u all.. haha lama sangat rasa x menulis dan mencatat blog.. Bukan malas tp kesibukan tugas dan line internet yang semakin hari semakin menyakitkan hati.. macam kura-kura daa.. nak uplod sekeping gambar pun tersangkut-sangkut.. so buat I fed-up.. hehe.. Well this time aku nak bercerita pasal ulang tayang kayuhan ke Sofe jane Kemensah.. As u all know memang dah byk kali I and my team member naik waterfall ni.. but this time i feel so excited and teruja coz ramai kawan2 baru yg first time nak rasa the trill naik dan offroding..

So as usual I kayuh from my office to kg kemensah about 5km and my friends sume tgu kat dalam coz dorang sume driving.. when i reached there not so many members yg dah sampai so kene la tgu sekejap.. As for me actually I x suka rest lama-lama masa kayuh coz bila peluh dah kering nanti jd malas.. But teamate x sampai lg so kene tungu jugak la.. about 930 we all start kayuh.. Itu pun da ade yg start kayuh dulu.. I tunggu member2 yg first time nak offroad kat sini.. coz dorang x tahu jalan.. and ada yang baru beli beskal and first time masuk offroad.. wahaha.. so kene tjk ajar skill la skit2..

sebelum masuk offroad I dah kene ulang turun naik bkt 2-3 x coz nak fetch-up dorang kat belakang takut-takut dorang buat U turn dan balik.. hahaha maklumlah kene tinggal jauh.. So the thing yg I x penah buat sebelum ni.. repeat climbing and Downhill 2x coz nak make sure member kat belakang follow.. nasib baik that day stamina I quite in a good shape to treat dorang.. Kalau tak maybe I pun flat.. So apparently kitorang sampai jugak akhirnya kat waterfall Kubang gajah aka Sofea Jane.. hoho almost 2hours journey.. kalu Kebiasaannya cuma 45-50min je.. Well adatlah tu.. masa I first time dulu pun mcm tu jugak.. X tahu berapa kali berhenti hehe..

After more then 1hour mandi manda dan berehat sambil "Cuci mata" kat atas tu.. kitorang pun Layan Downhill la ms blk.. Tapi downhill jadi x lancar seperti sebelumnya.. coz hari tu ATV byk naik.. so about 3times kitorang kene beri laluan pada ATV to pass through baru kitorang bleh downhill semula.. and I almost hit the ATV masa downhill coz x dengar bunyi.. nasib baik hidrolic disk break I berfungsi dengan baik.. hahaha

So guys.. for those yang belum merasai experience Downhill and offroad riding kat kemensah jom la join we all.. kitorang almost every weeks (sunday) layan kat sini.. so when u see Baju hijau pucuk pisang with the logo "CYCLEMANIA" that US.. just say hi.. we r bikers and enviromental friendly riders..

GO CYCLEMANIA!

Tuesday, May 24, 2011

Ulu Klang dam long trail..

Salam member-member sekayuhan semua... huh lama benar aku x menulis dlm blok ni.. sejak blk jamboree Kulim sampai nak ke jamboree Jasin.. haha Adat orang makan gaji.. Terpaksa akur dengan kesibukan kerja.. Tapi aku belum lagi miss kayuh sebb kerja.. kayuh mesti terus kayuh beb.. biar sesibuk mana pun aku..

baru-baru ni aku sempat berkayuh ke dam Ulu Kelang.. Seperti biasa la masuk dari Kg. kemensah.. Ini kali Ke 2 la aku berkayuh ikut track ni.. Kali pertama dulu cuma 6 orang.. tapi baru-baru ni 14 orang.. Join venture dengan member-member dari Pandah jaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya..

Kalu nak Training untuk jamboree.. kira track ni Boleh la dikira agak mencabar.. cuma jaraknya yang tak berapa jauh.. lebih kurang 8-10km off road dalam hutan tu.. Downhill yang agak bahaya.. Aku pun pernah tergolek jugak.. tapi nasib baik tak cedera.. Ada jugak member-member lain yang jatuh sampai basikal tunggang dia.. hahaha.. memang bahaya Downhill kat sini..

Rata-rata memang puas hati ikut long trail ni.. kepuasan berkayuh hujung minggu yang memang berbaloi.. Cukup untuk persiapan aku masuk Jamboree Jasin 29May ni.. Aku dah jarang bawak kamera aku berkayuh sekarang.. Sebab nak layan downhill beb.. haha so aku curi la gambar-gambar yang member lain amik hari tu.. GO CYCLEMANIA!








Monday, May 2, 2011

Kulim Jamboree 2011... Longgaq abih pala lutut...



Salam riders semua.. lama benar rasanya aku x menulis dlm blog ni.. kesibukan kerja dan talian internet opis aku yang macam hampeh menghalang aku nak aktif.. tapi biarpun begitu kayuhan tetap diteruskan.. semalam (1 may 2011) aku menyambut hari pekerja di jamboree Kulim 2011.. hahaha.. memang sambutan yang agak lain dari kebiasaan aku.. kalau ditahun-tahun sebelumnya.. hari buruh aku sambut ditengah laut dengan memancing atau dikolam pancing ikan.. tapi tahun ni aku menyambutnya dengan berkayuh.. Cukup mencabar.. Ini yang aku nak kongsi dengan member-member yang belum merasa cabaran jamboree MTB..

Seawal pagi pukul 630 aku dah berada di kawasan Kulim hi-tech.. niat hati nak duk dibarisan hadapan starting grid.. tapi memang nasib tak begitu baik.. aku rasa aku yang terawal.. rupa-rupanya ada lagi yang lebih awal dah duk bersedia kat barisan hadapan starting grid.. jadi terpaksalah aku duk di barisan yang agak terkebelakang sedikit.. Tapi kali ni aku x keseorangan.. aku ditemani oleh anak kepada seorang rakan cyclemania.. Nasri namanya.. muda lagi baru 15tahun.. dan seorang lagi datang sebagai photographer... Sebaik saja siren dibunyikan riders semua dah memecut laju.. Basikal aku yang hanya 7 gear ni pun aku kayuh semahunya sampai dah x buleh nak dikayuh lagi tapi masih ada riders yang memotong aku.. hahaha nasib aku la pakai basikal yang dah outdated.. kayuhan Jalan berturap agak jauh lebih kurang 12km.. Mungkin pihak penganjur nak memisahkan kelompok2 rider agar tidak bersesak bila sampai dikawasan Off road.. tapi sesampai saja di laluan offroad pertama dah kene tolak basikal sebab terlalu ramai riders.. sampai nak mencelah pun x boleh.. so terpaksalah tolak jugak sungguhpun niat hati nak kayuh..

Trek Jamboree Kulim ni tak seperti trek jamboree perpatih.. Disebabkan malam sebelumnya hujan jadi trek agak basah dan licin.. lihat saja lah gambar basikal aku yang diselaputi selut.. sehinggakan pada downhill dikm20 lepas CP2 kot kalau x silap, tayar basikal aku tersekat dan x boleh berputar langsung sebab lumpur dah melekat ditayar.. nasib baik di akhir trek tu ade sungai.. so kena berhenti kejap untuk bersihkan lumpur2 tu.. Selepas CP3 kayuhan memasuki kawasan ladang sawit.. kat sini ramai yang surender manjat bukit.. ramai yang berenti urut kaki.. apa tidaknya.. lepas satu bukit dan bukit lagi.. basikal aku tak de meter so xto brp jaraknya yang sebenar.. tapi dari mereka yang arif dengan trek kat situ kata lebih kurang 5km mendaki.. ada lah downhill skit tapi tak sempat nak panas bontot da kena tolak semula.. haha memang dasat trek di Kulim ni..

Nasri mempunyai kayuhan yang baik.. Aku tinggalkan dia agak jauh dibelakang satu ketika.. tapi dia dapat kejar balik sbeelum CP3. tapi mungkin pengalaman dan strategi kayuh yang kurang.. dia mengalami kekejangan kaki (krem) selepas CP4 dan terpaksa berhenti agak lama untuk merehatkan otot dia.. Sewaktu tu aku dah sampai digarisan penamat.. 1 jam lebih selepas aku sampai dan pengumuman CP sudah ditutup baru aku nampak kelibat dia menuju garisan penamat.. Dia mendapat no 598.. Aku dapat no 366.. maknanya ada lebih 1000 riders lagi kat dlm hutan tu yg x lepas keluar lg selepas CP semua dah ditutup.. memang mencabar trek jamboree Kulim kali ni..

Tapi aku berpuas hati dengan persediaan penganjuran.. cukup tersusun dan teratur.. CP dan marsyal pun cukup ramai untuk membantu... dan treknya.. memang taraf international.. pasti tahun depan aku akan masuk lagi.. mengharapkan tuah lucky draw plak kalu x berjaya nak dapat bawah 100.. haha So all riders cyclemania.. come on join la jamboree sekali sekala.. jangan bangga dengan basikal dan accessories yang hebat-hebat kalau belum masuk jamboree.. haha.. GO CYCLEMANIA!!

Sunday, April 3, 2011

Jamboree oh Jamboree..

Salam brader cyclemania semua.. Hari ni aku masuk jamboree buat pertama kali (debut).. Semuanya last minit join.. setelah berminggu-minggu menunggu penuh debaran tadi kayuhan aku teruji.. rupa-rupanya jamboree memang mencabar.. bukan calang-calang cabaran.. dengan pressure yang cukup kuat.. kekuatan mental sangat perlu.. aku pun nyaris-nyaris terjebak dengan penyakit berehat bila tengok ramai yang merebahkan basikal ditepi trek dan berehat puas-puas sebelum meneruskan kayuhan.. Apa tidaknya.. dengan cuaca yang panas kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.. siapa yang nak melepaskan peluang bila melihat ada kawansan redup ditepi trek.. huhu.. Aku dapat melawan perasaan tu.. Korang semua boleh tengok trek bkt putus tu yang lebih byk mendaki dari menurun.. kalau mental tak kuat.. mau rasanya mencari jalan keluar dan balik ke petak mula.. huhu Pada masa awal permulaan iaitu dari mula berkayuh kebanyakkan dorang dah mula memecut.. bukan calang-calang pecutan.. aku hampir tak larat nak ikut speed dorang ni.. dan bila sampai pendakian pertama.. jem!! sebab terlalu ramai rider didepan so kena tunggu giliran untuk mendaki.. jgn mimpi nak kayuh kalau kat depan korang ramai yang tolak dari kayuh haha.. selepas km ke 20 baru lah kumpulan-kumpulan yang berkayuh santai ni terpecah.. so ada laluan yang lapang skit didepan.. peluang aku memotong cuma waktu mendaki bukit.. kalau laluan rata memang aku tak de harapan.. Selepas check point pertama tayar belakang aku pancit.. aduhhh.. nasib baik aku bwk tiub spare.. tp pam plak tak bawak.. nasib baik ada rider dari melaka yang sudi meminjamkan pam dia pada aku.. sebagai upah aku bagi dia air red bull aku sungguh pun aku memerlukan air tu nanti.. tp budi dia aku hargai sangat.. kalau tak kerana tyar aku pancit mungkin aku boleh dapat no yang lebih baik di bawah seratus mungkin.. hehehe.. lebih kurang 1km dari garisan penamat aku memecut untuk yang kali terakhir.. tapi aku dapat potong seorang je rider.. huhuhu..
Aku berharap selepas ni lebih ramai geng-geng kita yang berminat menyertai jamboree macam ni.. so kita boleh menunjukkan kehebatan rider-rider cyclemania pada team lain.. biarlah kita tak menang tapi paling tidak semangat yang kita tunjukkan pada team lain dah cukup untuk mengerunkan dorang.. hehehe.. paling tidak dapat jersey jamboree pun da kira ok.. so apa lagi bro.. tengok-tengoklah website cyclist malaysia dan pilih lah jamboree mana korang nak join.. kita boleh join ramai-ramai.. GO CYCLEMANIA!!

Barisan Top ten rider.. juara jamboree ni clock 1jam 40min je.. pergghhh!!


Rider ni tergolek masa downhill.. tp dia dpt habiskan race dan dudk dlm kelompok first 100

Starting grid.. sepatutnya cuma jalan ni yang digunakan untuk starting.. tp pengajur x dpt nak larang rider masuk ke lane sebelah untuk duduk di barisan depan.. quite disapointed

sebahagian dari 550 rider..

Aku menunggu dengan penuh debaran.. haha makumlah first time join jamboree.. nebes kot.. :-)


cuba korang tengok transmision tower kat atas bukit tu.. itulah bukit yang cukup menyeksakan untuk didaki.. langsung xkasi ruang untuk merasa downhill lebih kurang 3-5km kot..aku hampir-hampir menyerah kalah kat atas tu..

Aku tiba di garisan penamat.. harapan nk dapat first 100.. tp dapat below 200 pun dah kira puas hati..

Asak mengasak digarisan penamat...


Aku tak tau macamana penganjur bagi nombor 6 kat aku.. padahal aku register last minute..

Friday, April 1, 2011

jersey baru 2011 cyclemania..


Salam semua cyclemania2010 rider.. Ini cadangan jersey team kita yang baru untuk 2011.. harga boleh aku anggarkan dalm sekitarRM120 - RM150 complete dgn seluar dan baju ada poket kat belakang.. terbaik beb.. material seperti baju basikal yang lain.. Kita akan tempah seperti design yang diatas.. cantik tak? cantik tak? hehehe.. tapi kalau tempahan kurang dari 20 helai projek ini terpaksa ditangguhkan sehingga order mencukupi.. so kalau xde duit simpan la sikit-sikit dari sekarang agar team kita jadi tumpuan bila kita offroading dimana-mana.. so sape2 yang nak order sila bagi nama, size baju dan uangnya yah... GO CYCLEMANIA!!

Thursday, March 17, 2011

Wangsa Maju>>DUKE>>Jln Kucing>>Dataran Merdeka>>Jalan Tun Razak>>Jln Ampang>>Jln Jelatek>>Wngsa Walk = 33.2km


Salam Member2 semua.. Sessi latihan menjelang Jamboree Sungai Buaya (batang Kali) berjalan lancar malam tadi.. Suatu kepuasan dapat berkayuh melebihi 30km dlm masa 2jam.. meskipun target sebenar 50km belum lagi tercapai tapi setidaknya setakat ini dah dapat menganggarkan cabaran jamboree 50km yang bakal disertai nanti.. meskipun cuma berkayuh 2 orang.. tapi kerana semangat berkobar-kobar untuk membuktikan siapa yang terhebat dikalangan pengayuh-pengayuh cyclemania sessi kayuhan malam tadi sudah cukup untuk memberi petunjuk sebelum cabaran jamboree sebenar.. kayuhan bermula lebih kurang pukul 940 mlm dan berakhir pada pukul 1145mlm ditempat permulaan.. Hanya di dataran merdeka kitorang melepaskan penat lelah agak lama.. lebih kurang setengah jam sambil-sambil cuci mata dan night shooting.. Selepas itu kayuhan diteruskan sehingga sampai di petronas jalan jelatek berhadapan kondo sri maya sebab mahu mengumpul tenaga untuk mendaki bukit yang terhidang dihadapan (tmn setiawangsa)..
Sungguh mencabar dengan angin yang melawan arus dan bukit yang agak tinggi dan pendakian yang panjang.. tapi mungkin kerana latihan yang berterusan di kemensah sebelum ni.. Bukit tu dapat ditawan.. hahaha macam perang plak.. So kitorang sedang mencongak-congak trek latihan seterusnya untuk mencapai target 50km seperti jarak jamboree sebenar.. Untuk kayuhan malam tadi.. its was a mission accomplished.. GO CYCLEMANIA!! ;-)

Hentian rehat yang agak lama.. hilang penat dapat cuci mata dengan berbagai aksi orang ramai kat sini.. Aku rasa dah banyak tahun aku tak datang sini.. huhu
Aksi budak-budak scate board.. sempat jugak aku rakam aksi dorang..
Meiji menunjukkan perkembangan yang begitu hebat dalam berkayuh.. mengikut aku dengan rapat sekali.. Welldone Bro!

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami in japan...


Salam Semua.. Baru-baru ni Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi kuat 8.9 magnitud dan diikuti dengan tsunami yang maha dasyat.. Malapetaka yang kita tak boleh anggar bila dan dimana akan berlaku tapi pasti akan berlaku.. Meskipun jepun sebuah negara yang begitu maju dalam teknologi elektronik sehinggakan setiap barang dirumah kita dan salah satu barang yang kita gunakan hari-hari sudah pasti ada yang dari buatan jepun.. Tapi mereka tidak terkecuali dari malapetaka alam.. Dengan teknologi yang mereka ada ramai yang meramalkan mungkin tiada kemalangan jiwa jikalau ada pun mungkin sedikit tapi hakikatnya setakat hari ini 10,000 rakyatnya sudah disahkan mati dalam kejadian tu.. Tak hairanlah negara Acheh yang tidak mempunyai apa-apa kelengkapan untuk mengesan tsunami dari awal meragut ratusan ribu rakyat negara mereka.. mengapalah ada segelintir manusia yang menyalahkan negara jepun dengan mengaitkan kemajuan mereka dengan bencana ini.. tak terfikirkah oleh beliau semua kejadian ini bukan kerana kemajuan atau teknologi sesebuah negara itu miliki.. Jadi kesimpulannya tak kiralah setinggi mana teknologi sesebuah negara itu atau semaju mana pun negara tu namun bila bumi ini menunjukkan kehebatannya yang sebenar tak ada satu tempat pun diatas mukabumiNYA ini yang boleh dikatakan selamat.. Bersama-samalah kita bersyukur dengan kesejahteraan yang kita miliki di negara kita ni.. aman damai dan jarang dilanda malapetaka alam.. Kita boleh kayuh basikal setiap malam dan setiap minggu tanpa ada kerisauan.. Namun biarpun begitu kita perlu mengingati diri kita bahawa jika perkara seumpama ini akan berlaku dinegara kita.. apakah persiapan kita?.. Renung-renungkanlah... wallahua'lam...

Saturday, March 12, 2011

mari kumpul Jersey Beskal...


Salam Geng-geng kayuh semua.. Nampak poster kat atas tu.. Nama aku dah masuk dalam senarai terkini peserta Kulim International MTB Jamboree 2011.. Huhu.. International Bro.. Kojo Gilo.. Bukan ape.. Aku dah ade koleksi medal Futsal dari juara sampai no 3.. So tahun ni aku berazam untuk kumpul jersey beskal plak.. huhu kalu bleh dapat medal kira bonus la.. tapi dapat turut serta dan menamatkan kayuhan sampai finish line pun da kira puas.. pastu dapat plak jersey dengan harga murah.. hoho.. so apa tunggu lagi.. jom la ramai-ramai memperkenalkan club kita yang tak terkenal ni.. hahaha owh lupa plak.. Cabaran bukit putus pun aku dah kompom masuk pada 4 April ni.. Jersey pun cantik beb.. meh la join.. cycling good for health.. GO CYCLEMANIA!!!

Monday, March 7, 2011

sketsamania...- Just For Laugh..


*Sekadar hiasan tiada kena mengena pada yang hidup mahupun yang mati...

Ulu Yam Damned riding..!! Terbaiiikkk,,,


Salam brader cyclemania semua.. Selamat bekerja.. Hari ni aku nak criter pasal Ulu Yam Damned ride semalam.. haha actually damned fun, damned exiciting, damned exhausted damned etc.. hahaha Aku x bleh gambarkan the fun we had.. tersangat mengujakan.. Off and On road.. So sape2 yang blum pernah layan trek ulu yam.. better tunggu announcement next riding.. terbaik dan tak menghampakan...

Kitorang pergi sepuluh orang je semalam.. Cukup untuk menceriakan suasana hutan yang sunyi sepi tu.. sepanjang jalan, kiri kanan dipenuhi belukar dan pokok-pokok kecik.. mujur aku pakai handsocks.. kalu tak mau calar balar tangan aku kena libas dek daun-daun kayu dan lalang yang terjuntai-juntai tu.. Ada jugak kesan-kesan korekan tanah oleh sang kerbau pendek.. haha.. Keunikan trek ni sebab ade river crossing.. shot yang aku cari-cari selama ni untuk photoshot.. tapi semalam aku jadi model , so xde shot river crossing.. Sampai separuh jalan dalam trek pemandangan indah empangan Batu.. breath taking view... Penat berkayuh meredah semak belukar dan menolak beskal terasa hilang sekejap dek pemandangan tu..

Tapi jangan leka dengan berkayuh.. kalu terasa-rasa gatal kat mana-mana bahgian badan better look out.. hahaha.. menatang yang buat aku sakit hati tiap kali masuk utan.. Pak chat (pacat la..) Semalam dalam diam, dalam dok very coutious.. sempat jugak 2 ekor meratah darah aku.. huh aku sumpah jadi crank pacat ni baru tau.. And part yang paling aku extreme excited.. Downhill yang damned adventure.. brek shimano deore aku memang betul-betul teruji beb.. jalan lembab dengan tanah yang padat tapi licin.. diikuti plak tanah berbatu kerikil.. kalu jatuh.. (mintak jauh) aku tak bleh nak bayangkan.. tapi hampir-hampir jugak bila tayar depan masuk dalam longkang air kat tengah-tengah trek.. huhu urut dada sekejap..

Penghujung trek off road kita keluar di riverstone resort.. lega dapat melepasi downhill ulu yam.. Balik kitorang ikut jalan raya.. Dont under estimated the condition.. climbing yang mencecah aku rasa 20% bro.. aku terpaksa berenti sekali untuk melegakan kaki yang lenguh dan amik napas sebelum aku teruskan kayuhan.. So aku rasa trek ni yang terbaik untuk enjoy riding OFF & ON the road experience.. So Keep in touch dan lapang-lapangkan masa every weekend.. The excitement will continue... GO CYCLEMANIA!!

ade pacat ke bang?.. Abg Shadat tengah chek kaki kot-kot pacat sempat melekat masa downhill
Selamat sudah meredah hutan.. yahooo!!
perhentian terakhir sebelum kuar dari hutan.. Lega dan puas..
View yang tak bleh dilepaskan peluang untuk bergambar
Helmi dengan jersey yang baru dapat sebelum kayuh.. Terbaiiikk!!
aksi primitive moden.. haha