Sunday, April 3, 2011

Jamboree oh Jamboree..

Salam brader cyclemania semua.. Hari ni aku masuk jamboree buat pertama kali (debut).. Semuanya last minit join.. setelah berminggu-minggu menunggu penuh debaran tadi kayuhan aku teruji.. rupa-rupanya jamboree memang mencabar.. bukan calang-calang cabaran.. dengan pressure yang cukup kuat.. kekuatan mental sangat perlu.. aku pun nyaris-nyaris terjebak dengan penyakit berehat bila tengok ramai yang merebahkan basikal ditepi trek dan berehat puas-puas sebelum meneruskan kayuhan.. Apa tidaknya.. dengan cuaca yang panas kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.. siapa yang nak melepaskan peluang bila melihat ada kawansan redup ditepi trek.. huhu.. Aku dapat melawan perasaan tu.. Korang semua boleh tengok trek bkt putus tu yang lebih byk mendaki dari menurun.. kalau mental tak kuat.. mau rasanya mencari jalan keluar dan balik ke petak mula.. huhu Pada masa awal permulaan iaitu dari mula berkayuh kebanyakkan dorang dah mula memecut.. bukan calang-calang pecutan.. aku hampir tak larat nak ikut speed dorang ni.. dan bila sampai pendakian pertama.. jem!! sebab terlalu ramai rider didepan so kena tunggu giliran untuk mendaki.. jgn mimpi nak kayuh kalau kat depan korang ramai yang tolak dari kayuh haha.. selepas km ke 20 baru lah kumpulan-kumpulan yang berkayuh santai ni terpecah.. so ada laluan yang lapang skit didepan.. peluang aku memotong cuma waktu mendaki bukit.. kalau laluan rata memang aku tak de harapan.. Selepas check point pertama tayar belakang aku pancit.. aduhhh.. nasib baik aku bwk tiub spare.. tp pam plak tak bawak.. nasib baik ada rider dari melaka yang sudi meminjamkan pam dia pada aku.. sebagai upah aku bagi dia air red bull aku sungguh pun aku memerlukan air tu nanti.. tp budi dia aku hargai sangat.. kalau tak kerana tyar aku pancit mungkin aku boleh dapat no yang lebih baik di bawah seratus mungkin.. hehehe.. lebih kurang 1km dari garisan penamat aku memecut untuk yang kali terakhir.. tapi aku dapat potong seorang je rider.. huhuhu..
Aku berharap selepas ni lebih ramai geng-geng kita yang berminat menyertai jamboree macam ni.. so kita boleh menunjukkan kehebatan rider-rider cyclemania pada team lain.. biarlah kita tak menang tapi paling tidak semangat yang kita tunjukkan pada team lain dah cukup untuk mengerunkan dorang.. hehehe.. paling tidak dapat jersey jamboree pun da kira ok.. so apa lagi bro.. tengok-tengoklah website cyclist malaysia dan pilih lah jamboree mana korang nak join.. kita boleh join ramai-ramai.. GO CYCLEMANIA!!

Barisan Top ten rider.. juara jamboree ni clock 1jam 40min je.. pergghhh!!


Rider ni tergolek masa downhill.. tp dia dpt habiskan race dan dudk dlm kelompok first 100

Starting grid.. sepatutnya cuma jalan ni yang digunakan untuk starting.. tp pengajur x dpt nak larang rider masuk ke lane sebelah untuk duduk di barisan depan.. quite disapointed

sebahagian dari 550 rider..

Aku menunggu dengan penuh debaran.. haha makumlah first time join jamboree.. nebes kot.. :-)


cuba korang tengok transmision tower kat atas bukit tu.. itulah bukit yang cukup menyeksakan untuk didaki.. langsung xkasi ruang untuk merasa downhill lebih kurang 3-5km kot..aku hampir-hampir menyerah kalah kat atas tu..

Aku tiba di garisan penamat.. harapan nk dapat first 100.. tp dapat below 200 pun dah kira puas hati..

Asak mengasak digarisan penamat...


Aku tak tau macamana penganjur bagi nombor 6 kat aku.. padahal aku register last minute..

No comments:

Post a Comment