Salam Semua.. Baru-baru ni Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi kuat 8.9 magnitud dan diikuti dengan tsunami yang maha dasyat.. Malapetaka yang kita tak boleh anggar bila dan dimana akan berlaku tapi pasti akan berlaku.. Meskipun jepun sebuah negara yang begitu maju dalam teknologi elektronik sehinggakan setiap barang dirumah kita dan salah satu barang yang kita gunakan hari-hari sudah pasti ada yang dari buatan jepun.. Tapi mereka tidak terkecuali dari malapetaka alam.. Dengan teknologi yang mereka ada ramai yang meramalkan mungkin tiada kemalangan jiwa jikalau ada pun mungkin sedikit tapi hakikatnya setakat hari ini 10,000 rakyatnya sudah disahkan mati dalam kejadian tu.. Tak hairanlah negara Acheh yang tidak mempunyai apa-apa kelengkapan untuk mengesan tsunami dari awal meragut ratusan ribu rakyat negara mereka.. mengapalah ada segelintir manusia yang menyalahkan negara jepun dengan mengaitkan kemajuan mereka dengan bencana ini.. tak terfikirkah oleh beliau semua kejadian ini bukan kerana kemajuan atau teknologi sesebuah negara itu miliki.. Jadi kesimpulannya tak kiralah setinggi mana teknologi sesebuah negara itu atau semaju mana pun negara tu namun bila bumi ini menunjukkan kehebatannya yang sebenar tak ada satu tempat pun diatas mukabumiNYA ini yang boleh dikatakan selamat.. Bersama-samalah kita bersyukur dengan kesejahteraan yang kita miliki di negara kita ni.. aman damai dan jarang dilanda malapetaka alam.. Kita boleh kayuh basikal setiap malam dan setiap minggu tanpa ada kerisauan.. Namun biarpun begitu kita perlu mengingati diri kita bahawa jika perkara seumpama ini akan berlaku dinegara kita.. apakah persiapan kita?.. Renung-renungkanlah... wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment