Salam Member2 semua.. Sessi latihan menjelang Jamboree Sungai Buaya (batang Kali) berjalan lancar malam tadi.. Suatu kepuasan dapat berkayuh melebihi 30km dlm masa 2jam.. meskipun target sebenar 50km belum lagi tercapai tapi setidaknya setakat ini dah dapat menganggarkan cabaran jamboree 50km yang bakal disertai nanti.. meskipun cuma berkayuh 2 orang.. tapi kerana semangat berkobar-kobar untuk membuktikan siapa yang terhebat dikalangan pengayuh-pengayuh cyclemania sessi kayuhan malam tadi sudah cukup untuk memberi petunjuk sebelum cabaran jamboree sebenar.. kayuhan bermula lebih kurang pukul 940 mlm dan berakhir pada pukul 1145mlm ditempat permulaan.. Hanya di dataran merdeka kitorang melepaskan penat lelah agak lama.. lebih kurang setengah jam sambil-sambil cuci mata dan night shooting.. Selepas itu kayuhan diteruskan sehingga sampai di petronas jalan jelatek berhadapan kondo sri maya sebab mahu mengumpul tenaga untuk mendaki bukit yang terhidang dihadapan (tmn setiawangsa)..
Sungguh mencabar dengan angin yang melawan arus dan bukit yang agak tinggi dan pendakian yang panjang.. tapi mungkin kerana latihan yang berterusan di kemensah sebelum ni.. Bukit tu dapat ditawan.. hahaha macam perang plak.. So kitorang sedang mencongak-congak trek latihan seterusnya untuk mencapai target 50km seperti jarak jamboree sebenar.. Untuk kayuhan malam tadi.. its was a mission accomplished.. GO CYCLEMANIA!! ;-)
Hentian rehat yang agak lama.. hilang penat dapat cuci mata dengan berbagai aksi orang ramai kat sini.. Aku rasa dah banyak tahun aku tak datang sini.. huhu
Aksi budak-budak scate board.. sempat jugak aku rakam aksi dorang..
Meiji menunjukkan perkembangan yang begitu hebat dalam berkayuh.. mengikut aku dengan rapat sekali.. Welldone Bro!
No comments:
Post a Comment