Salam riders semua.. lama benar rasanya aku x menulis dlm blog ni.. kesibukan kerja dan talian internet opis aku yang macam hampeh menghalang aku nak aktif.. tapi biarpun begitu kayuhan tetap diteruskan.. semalam (1 may 2011) aku menyambut hari pekerja di jamboree Kulim 2011.. hahaha.. memang sambutan yang agak lain dari kebiasaan aku.. kalau ditahun-tahun sebelumnya.. hari buruh aku sambut ditengah laut dengan memancing atau dikolam pancing ikan.. tapi tahun ni aku menyambutnya dengan berkayuh.. Cukup mencabar.. Ini yang aku nak kongsi dengan member-member yang belum merasa cabaran jamboree MTB..
Seawal pagi pukul 630 aku dah berada di kawasan Kulim hi-tech.. niat hati nak duk dibarisan hadapan starting grid.. tapi memang nasib tak begitu baik.. aku rasa aku yang terawal.. rupa-rupanya ada lagi yang lebih awal dah duk bersedia kat barisan hadapan starting grid.. jadi terpaksalah aku duk di barisan yang agak terkebelakang sedikit.. Tapi kali ni aku x keseorangan.. aku ditemani oleh anak kepada seorang rakan cyclemania.. Nasri namanya.. muda lagi baru 15tahun.. dan seorang lagi datang sebagai photographer... Sebaik saja siren dibunyikan riders semua dah memecut laju.. Basikal aku yang hanya 7 gear ni pun aku kayuh semahunya sampai dah x buleh nak dikayuh lagi tapi masih ada riders yang memotong aku.. hahaha nasib aku la pakai basikal yang dah outdated.. kayuhan Jalan berturap agak jauh lebih kurang 12km.. Mungkin pihak penganjur nak memisahkan kelompok2 rider agar tidak bersesak bila sampai dikawasan Off road.. tapi sesampai saja di laluan offroad pertama dah kene tolak basikal sebab terlalu ramai riders.. sampai nak mencelah pun x boleh.. so terpaksalah tolak jugak sungguhpun niat hati nak kayuh..
Trek Jamboree Kulim ni tak seperti trek jamboree perpatih.. Disebabkan malam sebelumnya hujan jadi trek agak basah dan licin.. lihat saja lah gambar basikal aku yang diselaputi selut.. sehinggakan pada downhill dikm20 lepas CP2 kot kalau x silap, tayar basikal aku tersekat dan x boleh berputar langsung sebab lumpur dah melekat ditayar.. nasib baik di akhir trek tu ade sungai.. so kena berhenti kejap untuk bersihkan lumpur2 tu.. Selepas CP3 kayuhan memasuki kawasan ladang sawit.. kat sini ramai yang surender manjat bukit.. ramai yang berenti urut kaki.. apa tidaknya.. lepas satu bukit dan bukit lagi.. basikal aku tak de meter so xto brp jaraknya yang sebenar.. tapi dari mereka yang arif dengan trek kat situ kata lebih kurang 5km mendaki.. ada lah downhill skit tapi tak sempat nak panas bontot da kena tolak semula.. haha memang dasat trek di Kulim ni..
Nasri mempunyai kayuhan yang baik.. Aku tinggalkan dia agak jauh dibelakang satu ketika.. tapi dia dapat kejar balik sbeelum CP3. tapi mungkin pengalaman dan strategi kayuh yang kurang.. dia mengalami kekejangan kaki (krem) selepas CP4 dan terpaksa berhenti agak lama untuk merehatkan otot dia.. Sewaktu tu aku dah sampai digarisan penamat.. 1 jam lebih selepas aku sampai dan pengumuman CP sudah ditutup baru aku nampak kelibat dia menuju garisan penamat.. Dia mendapat no 598.. Aku dapat no 366.. maknanya ada lebih 1000 riders lagi kat dlm hutan tu yg x lepas keluar lg selepas CP semua dah ditutup.. memang mencabar trek jamboree Kulim kali ni..
Tapi aku berpuas hati dengan persediaan penganjuran.. cukup tersusun dan teratur.. CP dan marsyal pun cukup ramai untuk membantu... dan treknya.. memang taraf international.. pasti tahun depan aku akan masuk lagi.. mengharapkan tuah lucky draw plak kalu x berjaya nak dapat bawah 100.. haha So all riders cyclemania.. come on join la jamboree sekali sekala.. jangan bangga dengan basikal dan accessories yang hebat-hebat kalau belum masuk jamboree.. haha.. GO CYCLEMANIA!!
No comments:
Post a Comment