Monday, March 21, 2011
Thursday, March 17, 2011
Wangsa Maju>>DUKE>>Jln Kucing>>Dataran Merdeka>>Jalan Tun Razak>>Jln Ampang>>Jln Jelatek>>Wngsa Walk = 33.2km
Salam Member2 semua.. Sessi latihan menjelang Jamboree Sungai Buaya (batang Kali) berjalan lancar malam tadi.. Suatu kepuasan dapat berkayuh melebihi 30km dlm masa 2jam.. meskipun target sebenar 50km belum lagi tercapai tapi setidaknya setakat ini dah dapat menganggarkan cabaran jamboree 50km yang bakal disertai nanti.. meskipun cuma berkayuh 2 orang.. tapi kerana semangat berkobar-kobar untuk membuktikan siapa yang terhebat dikalangan pengayuh-pengayuh cyclemania sessi kayuhan malam tadi sudah cukup untuk memberi petunjuk sebelum cabaran jamboree sebenar.. kayuhan bermula lebih kurang pukul 940 mlm dan berakhir pada pukul 1145mlm ditempat permulaan.. Hanya di dataran merdeka kitorang melepaskan penat lelah agak lama.. lebih kurang setengah jam sambil-sambil cuci mata dan night shooting.. Selepas itu kayuhan diteruskan sehingga sampai di petronas jalan jelatek berhadapan kondo sri maya sebab mahu mengumpul tenaga untuk mendaki bukit yang terhidang dihadapan (tmn setiawangsa)..
Sungguh mencabar dengan angin yang melawan arus dan bukit yang agak tinggi dan pendakian yang panjang.. tapi mungkin kerana latihan yang berterusan di kemensah sebelum ni.. Bukit tu dapat ditawan.. hahaha macam perang plak.. So kitorang sedang mencongak-congak trek latihan seterusnya untuk mencapai target 50km seperti jarak jamboree sebenar.. Untuk kayuhan malam tadi.. its was a mission accomplished.. GO CYCLEMANIA!! ;-)
Hentian rehat yang agak lama.. hilang penat dapat cuci mata dengan berbagai aksi orang ramai kat sini.. Aku rasa dah banyak tahun aku tak datang sini.. huhu
Aksi budak-budak scate board.. sempat jugak aku rakam aksi dorang..
Meiji menunjukkan perkembangan yang begitu hebat dalam berkayuh.. mengikut aku dengan rapat sekali.. Welldone Bro!
Wednesday, March 16, 2011
Tsunami in japan...
Monday, March 14, 2011
Saturday, March 12, 2011
mari kumpul Jersey Beskal...
Salam Geng-geng kayuh semua.. Nampak poster kat atas tu.. Nama aku dah masuk dalam senarai terkini peserta Kulim International MTB Jamboree 2011.. Huhu.. International Bro.. Kojo Gilo.. Bukan ape.. Aku dah ade koleksi medal Futsal dari juara sampai no 3.. So tahun ni aku berazam untuk kumpul jersey beskal plak.. huhu kalu bleh dapat medal kira bonus la.. tapi dapat turut serta dan menamatkan kayuhan sampai finish line pun da kira puas.. pastu dapat plak jersey dengan harga murah.. hoho.. so apa tunggu lagi.. jom la ramai-ramai memperkenalkan club kita yang tak terkenal ni.. hahaha owh lupa plak.. Cabaran bukit putus pun aku dah kompom masuk pada 4 April ni.. Jersey pun cantik beb.. meh la join.. cycling good for health.. GO CYCLEMANIA!!!
Monday, March 7, 2011
Ulu Yam Damned riding..!! Terbaiiikkk,,,
Salam brader cyclemania semua.. Selamat bekerja.. Hari ni aku nak criter pasal Ulu Yam Damned ride semalam.. haha actually damned fun, damned exiciting, damned exhausted damned etc.. hahaha Aku x bleh gambarkan the fun we had.. tersangat mengujakan.. Off and On road.. So sape2 yang blum pernah layan trek ulu yam.. better tunggu announcement next riding.. terbaik dan tak menghampakan...
Kitorang pergi sepuluh orang je semalam.. Cukup untuk menceriakan suasana hutan yang sunyi sepi tu.. sepanjang jalan, kiri kanan dipenuhi belukar dan pokok-pokok kecik.. mujur aku pakai handsocks.. kalu tak mau calar balar tangan aku kena libas dek daun-daun kayu dan lalang yang terjuntai-juntai tu.. Ada jugak kesan-kesan korekan tanah oleh sang kerbau pendek.. haha.. Keunikan trek ni sebab ade river crossing.. shot yang aku cari-cari selama ni untuk photoshot.. tapi semalam aku jadi model , so xde shot river crossing.. Sampai separuh jalan dalam trek pemandangan indah empangan Batu.. breath taking view... Penat berkayuh meredah semak belukar dan menolak beskal terasa hilang sekejap dek pemandangan tu..
Tapi jangan leka dengan berkayuh.. kalu terasa-rasa gatal kat mana-mana bahgian badan better look out.. hahaha.. menatang yang buat aku sakit hati tiap kali masuk utan.. Pak chat (pacat la..) Semalam dalam diam, dalam dok very coutious.. sempat jugak 2 ekor meratah darah aku.. huh aku sumpah jadi crank pacat ni baru tau.. And part yang paling aku extreme excited.. Downhill yang damned adventure.. brek shimano deore aku memang betul-betul teruji beb.. jalan lembab dengan tanah yang padat tapi licin.. diikuti plak tanah berbatu kerikil.. kalu jatuh.. (mintak jauh) aku tak bleh nak bayangkan.. tapi hampir-hampir jugak bila tayar depan masuk dalam longkang air kat tengah-tengah trek.. huhu urut dada sekejap..
Penghujung trek off road kita keluar di riverstone resort.. lega dapat melepasi downhill ulu yam.. Balik kitorang ikut jalan raya.. Dont under estimated the condition.. climbing yang mencecah aku rasa 20% bro.. aku terpaksa berenti sekali untuk melegakan kaki yang lenguh dan amik napas sebelum aku teruskan kayuhan.. So aku rasa trek ni yang terbaik untuk enjoy riding OFF & ON the road experience.. So Keep in touch dan lapang-lapangkan masa every weekend.. The excitement will continue... GO CYCLEMANIA!!
Wednesday, March 2, 2011
frim ride!! The debut
Salam Semua mbr and brader2 cyclemania.. Last weekend we all berkayuh di FRIM (Forest Research Institute Of Malaysia) Actually tu my first time kayuh kat situ.. dan mungkin ramai lg yang mcm aku.. Aku dengan Meiji pegi satu kereta.. Sampai pondok keselamatan dah terkejut dengan fee yang kitorang kene bayar.. RM10 (2org 2 beskal).. huhu downhill punya pasal terpaksa tolak tepi.. >
Masa nak start masuk bukit terpaksa kayuh berhati-hati skit sebab terlalu ramai joggers dan cyclist tgh trek.. sampai ade joggers yang emosional dipagi hari.. hahaha sungguh menggelikan hati.. pendakian bukit steroid sedikit memenatkan.. curam dan jauh.. aku terpaksa berhenti 2 kali sebelum sampai puncak.. Downhill dari puncak steroid memang menyeronokan.. sampai member yang beskal takde brek pun lupa bila dah layan downhill.. hahaha..
Banyak trek kat sini.. ada jugak yang single trail tapi x sempat nak try maybe next time.. Suasaba alam semula jadi dalam hutan dengan udara yang nyaman.. pada aku kalu nak ikutkan kepuasan berkayuh offroad.. FRIM memang tempatnya tapi bila mengenangkan terlalu ramai orang dan cylist dari group lain sampai menggangu nak layan downhill di tambah lagi dengan bayaran RM7 untuk 1 kereta dan 1 beskal.. berkayuh kat FRIM dah hilang sikit kenikmatannya..
Tapi kalau diajak datang aku tetap pergi.. hahaha.sebab cycling for health.. tak kira dimana.. GO CYCLEMANIA!
* gambar courtesy sdr helmi.. thanks bro..
Subscribe to:
Posts (Atom)