Wednesday, January 8, 2014

Hari yang menyedihkan.. Berita yang mengejutkan..

Semalam 6hb Jan 2014 Aku dikejutkan dengan berita pemergian sahabat aku yang selalu menemani sewaktu berkayuh Allahyarham Mazlysham bin Mat lamin.. Beliau seorang yang peramah.. sentiasa tersenyum tak kira susah atau senang.. setiap orang yang mengenalinya pasti akan berasa senang jika bergaul dengan beliau.. Namun semua itu hanya tinggal kenangan..Allah lebih menyayanginya.. perkenalan aku dan allahyarham tidak lama.. meski singkat namun kenangan dengan beliau amat bermakna.. beliau tenang dan mempunyai semangat yang kental.. Beliau pergi dengan meninggalkan kisah2 dan pengalaman yang indah bersama aku dan rakan-rakan yang lain.. Semoga awak tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh disana sahabatku.. kami tetap mengingati mu setiap kali kami memegang hendal dan memijak pedal basikal.. Al-Fatihah.. :(
Kayuhan terakhir bersama arwah.. tenang
arwah yang ceria..
bergambar di pintu masuk kaki gunung Nuang
Kenangan berhenti rehat di pekan Bt 18.. arwah mkn 2 keping roti canai.. lapar katanya



Selamat Tahun Baru 2014... oopsss..

Assalamualaikum.. Semoga semuanya dirahmati Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Sungguh lama aku tak menulis.. 2 tahun yang amat panjang.. Bermacam-macam cerita suka dan duka.. pahit maung.. penat lelah.. alhamdulillah.. aku berjaya mengharungi segala kesulitan, kepayahan dan kegusaran itu.. So 2014 in syaa allah aku akan cuba membuat yang terbaik.. utk keluarga aku.. masa depan mereka dan aku jugak.. kata orang jangan di ingat perkara yang dah lepas.. nanti menambahkan duka.. jangan di bayangkan masa depan.. nanti kita hidup dalam ketakutan.. fikirkan apa yang akan anda lakukan untuk masa ini.. waktu dan tika ini.. selebihnya biarlah Allah yang menentukan.. Kita hanya merancang dan Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.. SELAMAT TAHUN BARU 2014..

Thursday, December 26, 2013

Riding with the pros...

Kayuhan Santa diberi nama.. Bersempena dengan cuti krismas yang lepas.. Kayuhan pertama aku mendaki bukit antu dan genting peres.. dan kayuhan kali ini disertai oleh seorang rider pro angkatan tentera malaysia.. wow.. hahaha kena kitai semua rider amatur.. tapi lots of experience and knowledges.. terima kasih peter kerana berkongsi gambar2 kayuhan.. Terbaik!!!

mmm.. nasib baik 3 jenis binatang ni je..

1st checkpoint lepas turun bkt antu.. Berlatarbelakang empangan Semenyih.. Choop! pekena Coke dulu.. hihi

Posing di sempadan Selangor & N. Sembilan... dengan rider pro ATM.. terbaiklah

Masa kecik-kecik dulu tak dapat buat camni.. dah tua baru nak try.. hehehe

Masa untuk merehatkan kaki.. downhill time.. layaaann


sewaktu dikaki bukit genting Peres sebelum pendakian.. jumpa geng-geng dari group lain.. 
Antara rider2 tegar yang akan dan baru selesai mendaki bukit genting Peres.. ramai RB rider

Lapar lapar.. sori badan dah gigil x larat nak posing lg.. hahaha

Downhill kena layan jugak..

hahaha.. salah orang nak ajak lumba.. kan dah krem.. 

Redzaizwan.. Anda rider pro yang hebat.. teruskan 

Monday, December 10, 2012

AkU, AnAk kU, BasiKaL & BoLAsePaK....

Setahun lebih aku meninggalkan dunia basikal.. tayar kempis pun tak diisi angin sebab masa terlalu sempit untuk aku mengayuh pedal... Kerana anak lelakiku yang sorang ni aku terpaksa tinggalkan aktiviti basikal aku buat sementara..

Posing Istimewa untuk majalah.. hihi

Snapshot bulletin utama tv3.. glamernya dia.. 
bersama teammates dan coach pasukannya.. barisan depan paling kanan sekali..

Saiz badan bukan penghalang untuk beraksi cemerlang.. asak dia jangan tak asak.. hihihi

Friday, March 2, 2012

Selamat Hari Lahir Untuk ku

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan aku untuk menghirup udara didunia ini buat kali yang ke 41tahun... Terasa begitu sayu dihati aku mengingatkan umurku yang hari ini meningkat lagi satu angka... Bukan umur yang aku kesahkan.. bukan nombor itu yang aku sedihkan.. tapi, pengisian umurku itu yang membuatkan aku terasa sedih dan sayu.. terkadang terfikir dihati aku.. Kenapa aku tidak jadi seperti orang lain yang dapat mengisi hari-hari umur mereka penuh dengan perkara-perkara yang mengembirakan, kejayaan demi kejayaan manis dikecapi... Dan yang lebih menyedihkan aku.. bagaimana mereka dapat meniti hari-hari mereka dengan penuh ketaqwaan sedangkan aku.. Dipenuhi dengan dosa dan noda..

Mampukah aku mengikut jejak langkah nenek moyangku suatu ketika dulu.. menjadi alim ulama yang dikenang sehingga kini.. mampukah aku mencecah usia tatkala mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan kalimah Allah.. Tatkala usiaku begini aku rasakan begitu cetek ilmu pengetahuanku berkaitan agama.. begitu lemah pegangganku kepada tiang agama ibarat genggaman seorang bayi..

Yaallah.. aku mohon kepadaMU kau kuatkanlah imanku.. berikanlah kekuatan kepada aku menempuh hari-hari mendatang agar dapat aku beribadat kepadaMU ya Allah.. Terlalu banyak dosa yang telah aku perbuat.. telalu banyak laranganmu yang telah aku ingkari.. Bersihkanlah jiwaku ini dari noda-noda dosa-dosa yang pernah aku perbuat.. samaada yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui.. Sesungguhnya dikala ini aku sedar aku telah memungkiri janjiku kepadaMU untuk beribadat kepadaMU..

Semoga diusiaku ini aku mendapat hidayah dariMU untuk terus beribadat kepadaMU sehingga akhir hayatku...