Monday, December 10, 2012

AkU, AnAk kU, BasiKaL & BoLAsePaK....

Setahun lebih aku meninggalkan dunia basikal.. tayar kempis pun tak diisi angin sebab masa terlalu sempit untuk aku mengayuh pedal... Kerana anak lelakiku yang sorang ni aku terpaksa tinggalkan aktiviti basikal aku buat sementara..

Posing Istimewa untuk majalah.. hihi

Snapshot bulletin utama tv3.. glamernya dia.. 
bersama teammates dan coach pasukannya.. barisan depan paling kanan sekali..

Saiz badan bukan penghalang untuk beraksi cemerlang.. asak dia jangan tak asak.. hihihi

Friday, March 2, 2012

Selamat Hari Lahir Untuk ku

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan aku untuk menghirup udara didunia ini buat kali yang ke 41tahun... Terasa begitu sayu dihati aku mengingatkan umurku yang hari ini meningkat lagi satu angka... Bukan umur yang aku kesahkan.. bukan nombor itu yang aku sedihkan.. tapi, pengisian umurku itu yang membuatkan aku terasa sedih dan sayu.. terkadang terfikir dihati aku.. Kenapa aku tidak jadi seperti orang lain yang dapat mengisi hari-hari umur mereka penuh dengan perkara-perkara yang mengembirakan, kejayaan demi kejayaan manis dikecapi... Dan yang lebih menyedihkan aku.. bagaimana mereka dapat meniti hari-hari mereka dengan penuh ketaqwaan sedangkan aku.. Dipenuhi dengan dosa dan noda..

Mampukah aku mengikut jejak langkah nenek moyangku suatu ketika dulu.. menjadi alim ulama yang dikenang sehingga kini.. mampukah aku mencecah usia tatkala mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan kalimah Allah.. Tatkala usiaku begini aku rasakan begitu cetek ilmu pengetahuanku berkaitan agama.. begitu lemah pegangganku kepada tiang agama ibarat genggaman seorang bayi..

Yaallah.. aku mohon kepadaMU kau kuatkanlah imanku.. berikanlah kekuatan kepada aku menempuh hari-hari mendatang agar dapat aku beribadat kepadaMU ya Allah.. Terlalu banyak dosa yang telah aku perbuat.. telalu banyak laranganmu yang telah aku ingkari.. Bersihkanlah jiwaku ini dari noda-noda dosa-dosa yang pernah aku perbuat.. samaada yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui.. Sesungguhnya dikala ini aku sedar aku telah memungkiri janjiku kepadaMU untuk beribadat kepadaMU..

Semoga diusiaku ini aku mendapat hidayah dariMU untuk terus beribadat kepadaMU sehingga akhir hayatku...

Friday, January 13, 2012

Bukan Sekadar Kayuhan...

Salam riders semua.. Semakin hari semakin ramai cyclist kat atas jalanraya dapat kita lihat.. sesuatu yang begitu mengujakan dan dah semakin menjadi kebiasaan.. Baru-baru ni aku balik lewat pagi dari pejabat.. lebih kurang pukul 2 pagi dilebuhraya mrr2 menghala ke Ampang.. Aku terserempak dengan group-group tak tahu la dari mana yang mungkin sudah berkayuh menuju rumah masing2.. huh pukul 2pagi baru balik.. berkayuh dari mana dorang tu.. Tapi tak kisahlah kemana pun asalkan dapat berkayuh kan?..

Bagi aku.. sekarang ni basikal dan kayuhan dah menjadi teman dan aktiviti rutin aku.. Kalau dulunya petang2 aku akan turun ke padang bola atau gelanggang sepaktakraw.. tapi almaklumlah.. permainan ni cuma setakat nak keluar peluh dan tak lebih dari tu.. kalau nak masuk pertandingan pun terpaksa bagi peluang pada generasi muda untuk beraksi.. So kita yang dah terlebih usia ni terpaksa lah beralah.. Dan adakalanya nak main pun tak cukup orang.. Jadi tak adelah aktiviti untuk hari tu..

Tapi berlainan dengan basikal.. siapa yang tak reti kayuh basikal.. hmm kalau dipanggil 1000 orang pun nak cari sorang yang tak reti kayuh basikal pun susah kan.. Itulah kelebihan berbasikal.. Dan pada aku.. biarlah sorang-sorang pun aku akan pergi berkayuh.. Kebiasaannya Bukit Langatlah yang jadi medan latihan aku.. Jarak tak la berapa jauh dalam lebih kurang 25km je.. tapi barang ni ingat.. separuh dari laluan tu berbukit.. haha tak ramai yang sanggup daki bukit tu dengan MTB.. kalau aku ajak memang ramai yang tak nak ikut.. hehe tak pe lah.. kehendak masing-masing...

Waktu berkayuh tu lah aku dapat menenangkan fikiran aku.. berfikir tentang masa depan.. dan macam-macam lagi.. mungkin badan kita penat tapi otak kita waktu tu cerdas.. Apatah lagi tatkala fikiran aku tengah serabut dengan bermacam-macam masalah dan perkara yang terpaksa ditanggung.. waktu berkayuh lah aku berdebat dengan perasaan dan fikiran sambil mengerah otot-otot kaki mendaki bukit Langat yang terkenal dengan pemandangan panorama kota metropolitan Kuala Lumpur.. Dan Look Out point yang berada diatas puncak bukit tempat dimana ramai pengunjung datang melihat keindahan Kuala Lumpur diwaktu malam.. Sambil leka berkayuh dan berfikir tanpa disedari dah pun sampai ke puncak bukit.. Kadang-kadang aku teruskan kayuhan hingga pekan Bt18.. tapi kalau masa dah agak lewat aku cuma teruskan pendakian sampai ke restoran di menara tinjau aje.. melihat-lihat keadaan sekitar sambil tengok muda-mudi bersantai dan selepas tu aku turun..

Memang memenatkan dan kalau nak diikutkan rasa malas.. baik rehat tengok tv kat rumah.. tapi oleh kerana setiap kayuhan aku bukan sekadar kayuhan biasa dan sekadar nak mengeluarkan peluh.. tapi kayuhan yang dapat memberikan ketenangan dalam jiwa.. dari berkayuh juga aku dapat menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup tatkala kaki aku menghayun dan menekan pedal kiri dan kanan.. dan meskipun diakhiri dengan nafas yang tercungap-cungap dipuncak bukit namun kepuasannya hanya mereka yang berkayuh itu saja yang tahu..

Harapan aku semuga Jalan Bkt Langat ni akan menjadi tempat kayuhan harian bagi semua cyclist.. jadi tak lah aku berkayuh dan berehat sorang-sorang kat atas sambil melayan perasaan lagi.. mungkin lepas ni dah ada member-member lain yang dah sampai dulu kat atas puncak dan boleh sembang-sembang dulu cerita pasal jamboree ke atau trade in spare part ke atas tu.. barulah meriah kan?.. haha So pada rakan-rakan cyclist yang tinggal sekitar Ampang atau Cheras sekali-sekala cuba la daki Bkt langat.. Kalau aku balik awal dari pejabat pasti aku akan berkayuh kesana.. so jumpa anda di look out point pukul 630 ptg.. atau hari sabtu pagi pukul 830.. pasti aku ada insyaallah.. Go rider GO CYCLEMANIA!