Tuesday, December 27, 2011

Selamat Datang 2012... Welcome 2012

Salam all riders.. Lama benar aku tak menulis dalam blog ni.. pejam celik dah sampai ke penghujung tahun.. Begitu pantas masa berlalu.. dan begitu juga umur kita.. semakin lama semakin hampir pada usia senja.. haha.. bukan statement untuk melemahkan semangat tapi sekadar peringatan.. Sungguh pun kita berkayuh dan aktif bersukan.. jangan anggap itu jaminan untuk kita sihat atau pun boleh hidup seribu tahun lagi.. Hukum alam memang begitu.. tapi hukum Allah jangan kita lupa.. bila-bila masa pun biar macamana sekali kita beriadah atau bersukan..

Jadi tahun ni matlamat aku untuk mengumpul koleksi jersey dan medal jamboree tercapai.. lebih dari 10 jambore aku masuk.. ada yang dapt tshirt dan ada yang dapat jersey.. alhamdulillah tak ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku atas aku sepanjang jamboree yg aku masuk.. dan yang paling best.. aku dapat perbaiki dan menilai prestasi aku dari satu jamboree ke satu jamboree.. bukan lah nak menang sangat.. tapi sekadar nak melihat pencapaian peribadi buat diceritakan pada anak-anak dan cucu-cucu (insyaalllah) satu hari nanti...

Pada kawan-kawan rider yang lain.. Apa guna berbelanja ribuan ringgit untuk membeli peralatan basikal kalau sekadar nak bersaing dengan kawan-kawan lain siapa basikal yang paling hebat.. tapi sekali-sekala cuba lah masuk jamboree dan cuba buat catatan peribadi sendiri.. hahaha.. tak rugi pun.. kita akan lebih berasa nikmatnya hobi berbasikal ni selain kita dapat meningkatkan kesihatan kita..

Untuk mereka yang selama ni jadi pemerhati.. jangan pikir lama-lama.. beli basikal jom kayuh sama-sama.. sukan yang tak memerlukan skill yang hebat untuk disertai.. asal pandai kayuh sudah... memang kali pertama semua orang pancit.. tapi lama kelamaan semua tu perkara mudah.. "No mountain thats too high"

Kesimpulannya.. untuk aku.. tahun depan aku dah kena masuk kategori baru lah untuk acara jamboree.. almaklumlah.. umo pun dah meningkat.. insyaallah tahun depan aku tetapkan ranking 10terbaik untuk kategori baru aku ni.. hehehe nak merasa naik podium la plak.. biarpun kategori veteran.. memang kalau nak merasa 10 terbaik dalam kategori "open" mustahil lah bagi aku.. 2kali ranking top 30 riders dah cukup memuskan hati aku selama berjamboree..

So to all riders and friends out there.. keep up your riding and stamina.. you wont loose anything but you'll gain a lot.. happy cycling bro.. GO CYCLEMANIA!

Tuesday, December 20, 2011

First timer hard tail..

Setelah sekian lama aku berkayuh menggunakan
frame full sus, tapi pada jamboree Alor Gajah baru-baru ni aku bertukar angin.. event yang aku sangka aku tak dapat nak join tapi at last minit ada member ajak sebab ada rakan yang dah bayar tapi tak dapat hadir hari tu.. dan aku ingat jamboree tu berlangsung hari Ahad so itulah sebabnya aku tak dapat join pada asalnya.. so memandangkan frame "full sus" yang aku baru ambik dari brader Mat Nor aritu belum diuji lagi so aku gagahkan diri jugak join jamboree ni.. wahaha.. dramatik skit kot.. frame pun baru bayar deposit je.. tak habis bayar lagi.. tapi sebab keinginan nak mencuba frame "hard tail" kat jamboree membuak-buak semua faktor tu aku tolak tepi..

Sampai pun dah lewat sebab ada masalah teknikal sikit hehe.. dengan bantuan first endurance dan frame giant "hard tail" second hand ni betul2 berbaloi untuk aku guna.. memang kekok skit pada mulanya.. apatah lagi aku baru kayuh 2 kali je frame tu.. dah tu kayuh on the road je plak.. terus masuk jamboree.. huhu alhamdulillah.. aku selamat melayan action "beskal baru" aku tu dengan lancar.. tapi memang adat la.. bontot aku terasa mcm nak tertanggal.. maklumlah dah tak de suspension kat belakang.. tapi kalau nak kira prestasi dan keupayaan berkayuh memang aku tak nafikan "hard tail" beri byk perubahan pada kayuhan aku.. patut la geng2 yang selalu topten jamboree semua guna frame "hard tail".. hmmm aku baru tahu rupanya ye..

So dipendekkan ceritanya.. aku dapat ranking 239 dari 1500++ riders hari tu.. biarpun aku start di baris yang paling belakang skali.. orang dah flag off aku baru nak ikat nombor.. hahaha apa lah punya rider.. tapi memang pada asalnya jamboree alor gajah sekadar jamboree percubaan guna frame "hard tail" dan keputusannya memang memuaskan nafsu aku.. ehh.. hati aku.. ok next Jamboree UPSI.. the real challenge begins.. go mizi GO CYCLEMANIA!

gambar atas : thank you brader Zam Fuji kerana snap gambar aku kat finish line dengan "beskal baru" haha sempoiii...

gambar bawah : frame Giant ATX baru selesai pasang sekali dengan jagwire baru... mantop! lalala