Tuesday, February 22, 2011

Test run - Shimano Deore hydro brake system.

Salam Member semua.. Hari ni aku nak bercerita tentang test run brek baru yang aku baru install kat beskal aku.. brand Shimano deore aku beli dengan harga RM380 campur upah pasang RM20 so Rm400 terbang dari wallet aku.. huhu.. Tapi memang berbaloi biarpun aku pikir 21x nak beli.. hahaha..

Oleh kerana dek terlalu excited nak test brek tu aku lupa tugasan aku sebagai photographer tiap kali riding.. sori geng.. tidak disengajakan.. cuma secara kebetulan.. hehehe.. Aku beli kat kedai beskal di wangsa melawati.. actually ini model lama.. toke tu kata model baru pun ade.. tp harganye 500++ tidak termasuk rotor.. pergh..!! so dia suggest yg ni.. model lama dgn harga promosi dia.. aku xto la.. kalau ade kedai lain yg jual lebih murah..

Kebetulan member2 semua dah ready nak kayuh masa aku sampai di meeting point kita kat kemensah.. Aritu aku dtg sorang dari Wangsa Maju sebab geng lain (miji & Nawi hilang tanpa dikesan) tapi sebab nak test brek punya pasal aku redah je.. kalu x jumpe Ayie, abg syadat dan yang lain-lain hari tu pun aku akan kayuh jugak sorang dan layan downhill dengan brek baru aku..

Memang superb and marvelous.. huhu Cukup mengujakan.. tahap confident aku bertambah 60%.. Aksi downhill waktu pergi menurun bukit yg terakhir sebelum sampai sofea jane aku bleh buat jump lg dan sempat brek biar pun landing clearance cuma 2-3 metre je.. hahaha mujarab sungguh.. beskal aku pun rasa semakin ringan sbb weight da kurang beberapa gram.. sebab waktu aku tukar brek tu aku sempat tukar stem dan handle over size Ozonic dan saddle rubar sekali.. huhu

Waktu downhill balik memang mendebarkan.. Aku , boy & Nasri (syadat Jr) duk kat depan..
ayie, abg syadat, syouqie, izzat, mamat dan yang lain ada kat belakang.. dorang sangkut dengan konvoi ATV yang naik waktu tu.. so kitorang jalan dulu.. Aku nyaris-nyaris nak cium tanah waktu nak sampai di jambatan kayu..Boy yang follow rapat kat belakang aku mcm ada ikat tali terjerit-jerit suruh aku brek.. mujur aku dapat control beskal dan body balancing.. kalu tidak memang test run aku jadi haru biru.. hahaha


Sampai di route access (jalan tar) kepuasan tak terhingga.. rasa macam nak kayuh naik semula
dan layan downhill lagi sekali.. hohoho.. Cuma ada satu dua perkara yang merunsingkan skit
dengan sistem ni.. Pertama sekali yang aku risau pasal position brek tu yang mana brek depan dah duk kat belah kiri dan sebaliknya.. huhuhu Kalu brek kebel bleh la aku tukar sendiri supaya brek depan duk belah kanan mcm brek moto.. tapi untuk sistem ni tak boleh buat camtu beb.. kalu sanggup nak rugi Rm100++ ganti minyak asal yang ada dlm brek tu boleh la tukar..
Bukan apa.. dari kecik aku kayuh beskal sememangnya brek depan kat sebelah kanan.. so nak tukar kebiasaan tu agak mengerunkan
jugak.. takut-takut pun ada.. setiap saat aku terpaksa
remind jari aku untuk membiasakan brek depan dan belakang.. huhu..

Satu lagi pasal jarak jari dengan lever brek.. aku cuma mampu menarik dengan satu jari.. sebb jarak lever dangan handle grip aku agak jauh.. so kalu nak tarik guna 2 jari tangan aku akan hilang grip kat handle.. mujur sistem brek ni amat ringan.. even budak kecik umor 3 tahun pun mampu tarik brek tu.. so xde masalah sgt aku nak tarik guna 1 jari.. cuma nak kene biasakan je..

Brek ni mudah kua bunyi "skreet" bila kene air atau basah.. huhu agak merimaskan tapi x membahayakan.. mungkin kerana cengkaman nye yang kuat kot.. agaknye lah.. But overall aku memang puas hati dengan sistem ni.. murah tapi perform.. Kalu ada mbr2 yang nak tukar ke sistem brek hydro.. Aku sarankan model ni.. hahaha.. Anyway itu bukan alasan not to riding beb.. Go Cyclemania!!

Monday, February 21, 2011

Saturday, February 19, 2011

wangsa maju >> tasik titiwangsa >> Kuew teow kerang.. :-)

Date ; 18 Feb 2011 time : 930pm - 1130pm
Distance : 17km +- ( tak campur merewang-rewang sekitar tasik)
Energy usage : 40%
Profile : light corse ( santai ride je, cuma bukit depan jaya jusco yang agak mencabar nafas skit..)
Overal : kalu nak pekena kue teow kat tasek titwangsa boleh la main kat route ni.. Lain-lain xde.. any way riding is good for health.. mana-mana pun sama je.. go cyclemania!!

Thursday, February 17, 2011

Jauh perjalanan Luas pemandangan... part 1

Salam bro cycle semua.. Hari ni aku terpanggil nak bercerita tentang negara orang yang aku pergi dulu yang mana aku terpaksa mengorbankan aksi-aksi di kemensah dan lain-lain tempat selama 3 minggu.. Tapi tak pa banyak perkara baru yang boleh dikongsi bersama dengan korang semua.. manalah tau satu hari nanti ada mbr2 kita yang berpeluang pergi kesana.. owh lupa plak aku nak bagitau aku pegi mana.. Selama 3 minggu aku menghilangkan diri dari berkayuh sebenarnya aku pergi ke negara asal menatang yang bernama kanggaru.. Sure semua orang tahu kan Australia..

Perjalanan aku kali ini menuju ke Northern Territory atau Australia Utara.. actually kat tengah-tengah Australia tu.. Satu tempat amat panas dan kering.. Aku dah pernah pergi ke bahagian timur australia sebelum ni.. New South Wales dan Victoria tapi pada musim yang berbeza.. Australia sebuah negara yang mempunyai 4 musim.. maknanya ada musim sejuk, panas, bunga dan musim luruh.. semua musim ni aku dah pernah pergi.. tapi kali ni aku nak bercerita tentang trip musim panas aku yang baru-baru ni... musim-musim yang lain tu kalu aku rajin aku cerita la...

Sewaktu aku sampai di melbourne sememangnya dah musim panas.. tapi keadaan disini memang pelik skit dari negara empat musim yang lain..
Australia memang mempunyai cuaca yang agak pelik.. sungguh pun musim panas tetapi aku terpaksa memakai jaket sebab sangat sejuk.. suhu kurang dari 15C.. kalau nak bayangkan sejuknya sama macam korang bukak aircon full swing.. tu pun x sesejuk cuaca kat sana lagi di musim panas.. yang panasnya cuma pancaran cahaya mataharinya.. uhuh terasa badan macam dicucuk-cucuk dengan jarum.. patut lah dorang suka mandi cahaya matahari.. sebab bila ditiup angin kita akan rasa sejuk sangat.. tapi waktu tu kalu kita berada dibawah sinaran matahari badan terasa cukup nyaman... sampai aku rasa nak berguling-guling je atas rumput.. suatu keadaan yang memang kita tak dapat nak rasa kalau di negara kita ni..

selepas beberapa hari aku stay kat melbourne aku bergerak ke nothern territory... perjalanan dari melbourne ke sana aku naik flight.. amik masa lebih kurang 3jam.. jarak dlm lebih kurang 3000km lebih.. huhu kalu drive memang mkn 2hari.. sesampai je kat airport.. lepas selesai amik beg kami terus ambik bas ke bandar Alice Spring.. Bandar ni tak berapa besar tapi semua kemudahan cukup.. Sebabkan bandar ni terletak dikawasan yang agak terpencil dari kawasan pembangunan sebenar Australia so harga barang sememangnya agak mahal.. Minyak petrol dan keperluan lain boleh dikatakan 2-3 kali ganda dari melbourne dan bandar lain.. dan tak hairan kenapa ramai orang-orang asli australia atau penduduk asal australia datang dan berehat-rehat sambil menjual hasil tangan dorang kat tepi-tepi jalan dan ditaman-taman dalam bandar ni.. tak ada bangunan pencakar langit pun.. Kami terus ke tempat kereta sewa yang kami dah book online sebelum datang dulu.. kami book 4wd sebab trip kami memang memerlukan offroad sebb mengikut jalan pintas.

Hari pertama selepas dapat kereta.. bila keperluan semua dah dibeli kami bergerak ke Uluru yang popular dengan batu merah tu(Ayers Rock).. Aku ingat dekat je.. rupa-rupanya jarak dari Bandar tu ke sana lebih kurang 400km.. uh macam kl ke penang kot.. bila aku tgk map..
jalannya bukan macam hiway PLUS tapi berliku-liku.. kami ambik masa lebih kurang 6jam untuk sampai.. sebab byk berhenti dan speed limit yang max 130kmj je.. kalu lebih aku takut ada ferrari atau bmw cucuk kat belakang.. haha kalu korang nak tau polis yang ronda hiway kat sini guna kereta sport beb.. aku pernah tengok petrol car ferrari, bmw dan audi masa roadtrip ke sydney dulu.. so kalu korang rasa kereta korang laju.. kereta polis dorang lagi laju.. hahaha

Lewat senja baru kitorang sampai di Uluru.. lebih kurang kol 730 camtu.. so sempat la tengok sunset kat Batu merah tu.. Kat Australia siangnya lebih panjang dari malam.. Kol 830 baru la gelap.. dan pagi kol 630 dah terang benderang kalau kat
malaysia mcm dah kol 830 pagi la.. Jadi nak tunggu malam memang memeritkan especialy masa bulan puasa.. So malam pertama kitorang bermalam di campervan Ayer Rock resort.. terpaksa bermalam disitu kerana tak dibenarkan bermalam di kawasan batu tu atas arahan rangers.. So terpaksa la kua dwet untuk bayar sewa tapak kat situ.. aud20 perhead.. lebih kurang rm60.. mahal oi.. bukan ada tempat tido pun.. tido dlm kereta je... nak wat camne pejam mata je la..

Sebelum sampai ke kawasan ni banyak la tempat kitorang singgah.. Tak henti-henti aku amik gamba burung kat sini.. bermacam-macam spesis burung ada kat sini.. aku rasa kalu kat malaysia x sempat telur burung ni nak menetas kot.. tapi sini kerajaan dorang memang larang sama sekali tangkap burung-burung ni.. apa aja binatang nak bela kena mintak permit.. patut la lalat pun banyak sampai tak boleh nak duduk senang dibuatnya.. pantang kua dari kereta lalat akan serbu.. sampai kat kedai ade jual topi yang ade jaring untuk halang lalat dari hinggap kat muka.. bayangkanlah lalat tu banyak mana..

Perjalanan yang amat memenatkan.. kalau nak ikutkan jarak kira dari johor baharu sampai la ke kangar dan masuk ke thailand skit aku travel.. tapi sebab excited semua tu tak terasa sangat dengan pemandangan dan keindahan negara orang yang memikat hati. So aku selit-selitkan gambar yang sempat aku tangkap.. actually byk sampai bole buat album.. anyway terima kasih kerana sudi membaca coretan merapu aku ni.. next time aku cerita lagi perjalanan aku selanjutnyah.. good day mate!!




keindahan pemandangan yang menjadi kegilaan aku nak ambik gambar.. dan memang nasib aku cukup baik waktu tu, sebaik saja sunset habis muncul plak bulan dari celah-celah pokok-pokok tu.. suatu keadaan yang aku belum pernah lalui..

Indahnya negara orang tapi negara sendiri tetap dihati

Monday, February 14, 2011

Tasek Perdana Ride

Hallo Bro Cycle yang maniac.. dah lama aku x update blog ni dan post gamba2 aksi korang.. Akhirnya dpt gak lepas gian riding downhill even x seberapa tp untuk aku yg dah lama berehat ni kira ok la.. koleksi gambar dan aksi pun berapa banyak coz kita semua jadi model and subjek.. hahaha termasuk aku.. But nice to ride with all of you guys back.. So inilah aksi2 yang sempat aku tangkap semalam in HDR.. till next riding .. go cyclemania!!