Bagi aku.. sekarang ni basikal dan kayuhan dah menjadi teman dan aktiviti rutin aku.. Kalau dulunya petang2 aku akan turun ke padang bola atau gelanggang sepaktakraw.. tapi almaklumlah.. permainan ni cuma setakat nak keluar peluh dan tak lebih dari tu.. kalau nak masuk pertandingan pun terpaksa bagi peluang pada generasi muda untuk beraksi.. So kita yang dah terlebih usia ni terpaksa lah beralah.. Dan adakalanya nak main pun tak cukup orang.. Jadi tak adelah aktiviti untuk hari tu..
Tapi berlainan dengan basikal.. siapa yang tak reti kayuh basikal.. hmm kalau dipanggil 1000 orang pun nak cari sorang yang tak reti kayuh basikal pun susah kan.. Itulah kelebihan berbasikal.. Dan pada aku.. biarlah sorang-sorang pun aku akan pergi berkayuh.. Kebiasaannya Bukit Langatlah yang jadi medan latihan aku.. Jarak tak la berapa jauh dalam lebih kurang 25km je.. tapi barang ni ingat.. separuh dari laluan tu berbukit.. haha tak ramai yang sanggup daki bukit tu dengan MTB.. kalau aku ajak memang ramai yang tak nak ikut.. hehe tak pe lah.. kehendak masing-masing...
Waktu berkayuh tu lah aku dapat menenangkan fikiran aku.. berfikir tentang masa depan.. dan macam-macam lagi.. mungkin badan kita penat tapi otak kita waktu tu cerdas.. Apatah lagi tatkala fikiran aku tengah serabut dengan bermacam-macam masalah dan perkara yang terpaksa ditanggung.. waktu berkayuh lah aku berdebat dengan perasaan dan fikiran sambil mengerah otot-otot kaki mendaki bukit Langat yang terkenal dengan pemandangan panorama kota metropolitan Kuala Lumpur.. Dan Look Out point yang berada diatas puncak bukit tempat dimana ramai pengunjung datang melihat keindahan Kuala Lumpur diwaktu malam.. Sambil leka berkayuh dan berfikir tanpa disedari dah pun sampai ke puncak bukit.. Kadang-kadang aku teruskan kayuhan hingga pekan Bt18.. tapi kalau masa dah agak lewat aku cuma teruskan pendakian sampai ke restoran di menara tinjau aje.. melihat-lihat keadaan sekitar sambil tengok muda-mudi bersantai dan selepas tu aku turun..
Memang memenatkan dan kalau nak diikutkan rasa malas.. baik rehat tengok tv kat rumah.. tapi oleh kerana setiap kayuhan aku bukan sekadar kayuhan biasa dan sekadar nak mengeluarkan peluh.. tapi kayuhan yang dapat memberikan ketenangan dalam jiwa.. dari berkayuh juga aku dapat menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup tatkala kaki aku menghayun dan menekan pedal kiri dan kanan.. dan meskipun diakhiri dengan nafas yang tercungap-cungap dipuncak bukit namun kepuasannya hanya mereka yang berkayuh itu saja yang tahu..
Harapan aku semuga Jalan Bkt Langat ni akan menjadi tempat kayuhan harian bagi semua cyclist.. jadi tak lah aku berkayuh dan berehat sorang-sorang kat atas sambil melayan perasaan lagi.. mungkin lepas ni dah ada member-member lain yang dah sampai dulu kat atas puncak dan boleh sembang-sembang dulu cerita pasal jamboree ke atau trade in spare part ke atas tu.. barulah meriah kan?.. haha So pada rakan-rakan cyclist yang tinggal sekitar Ampang atau Cheras sekali-sekala cuba la daki Bkt langat.. Kalau aku balik awal dari pejabat pasti aku akan berkayuh kesana.. so jumpa anda di look out point pukul 630 ptg.. atau hari sabtu pagi pukul 830.. pasti aku ada insyaallah.. Go rider GO CYCLEMANIA!