Monday, July 11, 2011

Sempah oh sempah...




Salam 1 malaysia dan salam rider.. Sabtu baru-baru ni (9 July 2011) Aku di ajak oleh Mejie Giant (dulu meiji Raleigh.. kiki) untuk berkayuh di jalan gombak lama menuju ke Genting Sempah.. Pada mulanya aku tak nak sebab aku ada urusan lain yang perlu diselesaikan.. tapi tetiba urusan tu dibatalkan so mungkin ni la peluang aku nak merasa berkayuh Ke Genting Sempah seperti rider-rider yang lain.. Orang kata kalau u all seorang rider tegar kalau tak pernah kayuh ke Genting Sempah itu belum lagi boleh di kategorikan sebagai rider tegar.. hahaha.. Gerun aku dengar ayat tu.. sehebat mana cabaran ke Genting Sempah tu.. rata-rata rider-rider yang hebat yang aku pernah jumpa memang semua pernah mengayuh ke sana..

So Seawal pukul 7 aku dah sampai diopis.. beli air mineral sebotol dan aku start kayuh ke Gombak seperti yang dirancangkan mlm sebelumnya dgn meiji. Aku sampai dulu dari meiji lebih kurang pukul 0720am.. Dia suruh aku tunggu dikedai makan dulu sebelum start kayuh.. sebab belum sarapan lagi.. So aku pun tunggu la kat warung tepi jalan selepas tanah perkuburan jln gombak bt9. Lupa plak nak crite masa kayuh dari opis aku ikut MRR2 dan masuk dipersimpangan highway karak.. dan melalui hadapan Universiti Islam. Kalau nak ikutkan memang jauh jalan tu tapi aku redah je sebab itulah time aku nak warm-up sebelum panjat bukit yang panjang ke Genting Sempah nanti.. So dari opis aku ke warung tempat aku tunggu meiji tu lebih kurang 7km..

pukul 0740am meiji pun sampai.. so kitorang "balun" mee hun dengan teh "O" suam dulu.. lebih kurang kol 0815am baru kitorang stat mengayuh menuju ke Genting Sempah.. lebih kurang 4km aku hanya mengekori Meiji dari belakang sebab aku dah kayuh 7km.. so nak simpan tenaga skit sebelum cabaran yang sebenar menanti kat depan tu nanti.. Meiji ajak rest bila jumpe 1 jambatan.. Aku pintas dia bila aku rasa kayuhan dia dah semakin perlahan dan aku tunggu bila sampai dijambatan yang dikatakan tadi..

lebih kurang 5min kitorang start kayuhan semula.. kali ni aku kayuh sorang didepan sementara meiji berkayuh dibelakang.. sedang kami kayuh sempat juga menegur-negur rider-rider lain yang dah turun.. mungkin dorang mula kayuh seawal 6pagi kot sebab tu dorang dah turun atau pun dorang kayuh tak sampai ke Genting sempah.. haha whatever lah.. aku berhenti sebaik saja meter aku menunjukkan penambahan 3km.. mungkin ada yang cakap 3km je dah berhenti.. huhu korang belum cuba lagi jangan nak gebang.. 3km tu aku rasa penatnya dah macam 10km sebab semuanya menaik dan takde langsung yang menurun.. nak kata jalan rata pun tak ada..

So aku tunggu meiji muncul dulu baru aku start kayuh lagi.. sementara menunggu meiji ada beberapa orang rider melintasi depan aku.. huh semua nya naik RB (road bike). aku jer yang kayuh MTB.. Aku dah mula rasakan keganjilan.. lebih kurang 5min meiji pun muncul dan beberapa orang lagi rider RB mengekori dia dari belakang dan sebaik saja dia berhenti depan aku rider-rider tu semua terus mengayuh dengan lajunya.. maklumlah RB.. Meiji bagitau aku dia akan pusing bila dia tengak ade bukit panjang kat depan nanti.. so aku akur dengan keputusan dia.. aku mulakan kayuhan bila dah dengar dia cakap macamtu.. aku tau dia dah tak larat sangat tu dan meter aku menunjukkan aku dah berkayuh hampir 12km..

Aku teruskan kayuhan tanpa menoleh ke belakang lagi lepas tu.. kalau tadi aku hadkan kayuhan aku setiap 3-4 km dan aku berhenti tunggu dia tapi kali ni tak lagi.. aku teruskan kayuhan cuma berhenti untuk minum seteguk dua dan lepas tu aku teruskan kayuhan.. target aku pada mulanya cuma nak sampai ke menara TM.. tapi semangat aku untuk meneruskan kayuhan hingga sampai ke genting sempah semakin meluap-luap.. biarpun ada kalanya aku cuma mampu berkayuh selaju 7kmj je pada satu ketika..

so dipendekkan cerita aku sampai di menara TM.. aku teruskan lagi lebih kurang 8km sampai aku dah boleh tgk lebuhraya karak dari atas jalan aku kayuh tu.. dan aku dapt lihat signbod tak jauh didepan aku menunjukkan Genting sempah, Bentong dan inst aminuddin Baki cuma 1km didepan.. Aku berjaya menakluki Genting Sempah.. hahaha Kepuasan yang tak terhingga meskipun penat yang tak terkata.. Aku berjaya mengawal kepenatan dan mengumpulkan semangat untuk berkayuh sehingga akhirnya berjaya sampai kepuncak dan aku rasa aku dah tergolong dalam kelompok pengayuh-pengayuh tegar skarang ni kot.. hehehe masuk bakul skit..

Biarpun sepanjang perjalanan aku dihiburkan oleh kumpulan-kumpulan monyet yang mencari makanan di tepi tetapi itu sedikit pun tidak melunturkan semangat aku untuk berkayuh dan monyet-monyet ini seolah-olah tahu aku tak bawak apa-apa makanan.. so dorang tengok je aku berkayuh tanpa menghiraukan aku.. Kicauan burung dan unggas rimba seolah menjadi meuzik ditelinga disepanjang jalan disamping keindahan pemandangan hutan yang menyejukkan mata.. Dengan diselangi sekali-sekala kenderaan dan mat-mat motor memintas aku dengan lajunya.. Sememangnya kayuhan di Genting Sempah sesuatu pengalaman yang begitu hebat sekali.. Dengan cuaca yang agak redup hari tu menyebabkan aku hampir mengigil diawal kayuhan.. Downhill sepanjang lebih 18km menanti rider-rider yang berjaya menawan puncaknya...

So all you guys kalau nak merasa kayuhan yang bertenaga dan mencabar fizikal dan mental selain kuala kubu ke genting, korang cuba la kayuh dilaluan gombak ke genting Sempah ni.. Tapi nasihat aku seeloknya kayuhlah ramai-ramai bukan sorang-sorang macam aku (meskipun berdua pada awalnya) sebab kalau aku dah tau cerita dan misteri disebalik jalan ni sebelumnya tentu aku tak akan kayuh sorang-sorang.. hehe

jumpa lagi di lain masa GO CYCLEMANIA!..

Inilah laluan yang menanti untuk ke Genting Sempah.. All UP no Down.. huhu

Sekali-sekala rider RB memintas aku.. hajat nak follow dari belakang tapi....

Sekali-sekala menoleh kebelakang rasa macam nak pusing balik melihat downhill yang dah terhidang.. hehe


Beginilah pemandangan Ketika dipuncak.. perhatikan dibawah tu lebuhraya karak.